Pages

Wednesday, February 16, 2011

kek Jan & Feb 2011



salam.
Ni update terbaru kek awal 2011 ni... kisah setiap kek dibawah setiap gambar..


Nilah kek tunang pertama yang saya buat. sepenuh hati dan perasaan buat ni tau...... Diorder oleh cg Marliah untuk majlis bertunang sepupunya..

Ni isi frozen Oreo cheese cake.

Frozen Oreo Cheese cake 9 inch. RM 60... Sape berminat boleh order...

Kek Choc Sponge dengan Fresh cream topping untuk Pengawas PSP yang telah membantu ku sebagai AJK Semakan Doc hari pendaftaran F4.

Ni juga kek untuk PSPian. Carrot cake topping ngan cream cheese.
TQ PSP ian yang diketuai oleh Syazuan .

Ni kek latest last week diorder oleh Kak hawa yang terlupa birthday suaminya... Kek choc Sponge layered ngan frozen cheese 40% topin fresh cream. Boleh order ngan harga RM45.

Alhamdulillah. Harap tahun ni akan lebih baik dan dapat memenuhi permintaan pelanggan dan meng'up grade' diri.

Ha!Minggu ni minggu aktiviti, hari khamis ni ade hari bakat dan dan saya terlibat men demo cara deco cake di booth 17. Saya akan update cerita tu dalam entry blog yang akan datang..

Enjoy my cakes!

Thursday, December 9, 2010

Blueberry Chilled Cheese Cake Recipe



Sejahtera semua
Ha!!! ni lah Blueberry Chilled Cheese Cake. Menggunakan Geletin halal keluaran Halalgel. Kek ini kan mula dijual Jan 2011. Harga >RM60.. Boleh order ye... murid2 & kengkawan..
O! ya, Ada list harga baru akan digunakan mulai Jan 2011. Harap maklum.


Atas permintaan Roslan, (511) saya upload resepi ni... Bagus jugak try2 masak time cuti sek ni... Tapi Ape2 Assignment/homework make sure siap dulu.... ok good luck!
Sape nak cuba boleh try. tapi yang nak makan jer.... boleh order... TQ

Blueberry Chilled Cheese cake
Base:
Digestive biscuit 250g
Butter (melted) 120g
A)Egg yolk 2 nos
Dairy (double) cream 60ml
Castor sugar 100g
B) Cream cheese 250g
C) Geletin Powder (Halalgel) 15g
Milk 40ml
(mix then double boil)-sejukkan roomtemp.
D) Whipping Cream 250g
E)Blueberry Pie Filling 100g (<>3 tbsp)

1. Hancurkan biskut + melted butter -- as base in bake tin (Loose base tin is better)
2. Double boil bahan A)] bila gula dah larut, masukkan bahan B) [api kecil & kacau sentiasa
3. Tambahkan bahan C)
4. Pukul Bahan D) sampai kembang & masukkan ke dalam adunan sebelum ini.
5. Masukkan E) & kacau sikit je dengan sudu
6. Masukkan dalam loose base baking tin. Hempas skit ke meja & freez for 1 hour.

Tuesday, September 21, 2010

klik-klik gambar kek

kek-kek yang lepas... ditayang disini...

Ini kek untuk berbuka semasa bulan puasa semasa majis berbuka bersama homeroom. sedap wo.... blackforrest ber-strawberry...

Cheese cake berfreshcream dan berstrawberrry. buh jelly atas bagi effect shining n nak hold stroberi tu...

blueberry topping Cheese cake tuk makan sendiri... sedapnyer...

Kek choc span tuk K Hawa. teringin nak makan kek ngan anak2. buat 1/2 kg.. jer... TQ

Jualan kek gerai homeroom


Berikut merupakan gambar-gambar sekitar jualan gerai homeroom ku KEEN 4 dari kelas 411. Alhamdulillah untung....
Kek yang kujual ni potong 8 je... besar giler setiap 1 pc tu... klu kat kedai kek potong sepuluh tau!
Harga cuma 5.oo per pc.

Kek black forrest untuk dijual... Rm 5 per pc..

Choc moist.. RM5 per pc.. Besar wo...!

Nak beli yang ni.... nampak besar ni...

Jaga gerai sambil possing, anak homeroom ku...

Posing, sebelah kek n iklan kek ku..

Em.... Kek cikgu Nasrin Sedap!!!!!!!!

Gambar sekitar kelas Kek di Te Jia Taiping

Inilah hasil deco cake ku dalam kelas 18/9 baru ni... penat woo... skill pun x de. Dome shape cakes

Aku n Kak Lela bersama hasil kek masing-masing..

Gembira bersama hasil kek... classmate ku... tokey biskut raya..

Gambar dari cermin atas menunjukkan meja kerja chef Eric.

Mixer grandos yg ade di kelas..

Chef Eric tunjuk cara pakai piping bag..

Serabut! kene jaga mixer.

Bubuh muffin dalam cupnyer...

Aku bersama rerakan dalam kelas..

Keadaan kelas kami... sempit, tapi ku harung juga... free... x pe, ku sanggup

oklah... selamat belajar kengkawan

Monday, September 20, 2010

Butter cream

Kek yang dibuat menggunakan butter cream... hasil dari tangan ku...

Juga kek dari butter cream dari Ila Batu Kurau

Butter Cream

Butter 500g

Margerine500g

Creamwell 500g

Sugar syrup / susu pekat manis 750g

Method:

1. Whip butter, margarine, creamwell at high speed using K beater until creamy & light.

2. Add sugar/susu & mix well

Sugar syrup

Sugar 1kg

Water 600ml

Citric acid 2g

Method:

1. Boil sugar, water & citric acid at 115°C.

2. Simmer for 45 mins at low heat

Macam-macam Puding

Ini peach pudding.. sedap gak...


Peach Pudding

Agar-agar powder 3g

Air 400ml

Gula 180g

Susu segar fullcream 200ml

Buah peach 1tin (dipotong)

Cara membuat

1. Air, gula, susu, agar powder – panaskan dan gaul sebati sampai sebati - tutup api

2. Masukkan dalam bekas pudding – masukkan buah peach

3. Masukkan peti sejuk

Rainbow Pudding

Agar-agar powder 3g

Air 400ml

Gula 180g

Susu segar fullcream 200ml

Pewarna merah, Kuning , Hijau

Cara membuat

1. Air, gula, susu, agar powder – panaskan dan gaul sebati sampai sebati - tutup api

2. Bahagi 3, warnakan.

3. Masukkan dalam bekas pudding 1 warna -Masukkan peti sejuk sekejap utk set.

4. Masukkan dalam bekas pudding warna ke dua -Masukkan peti sejuk sekejap utk set

5. Masukkan dalam bekas pudding warna ke tiga -Masukkan peti sejuk sebelum dimakan

Puding Telur & Choc

Telur A 2 biji

Susu pekat krimer manis 120g

Susu fullcream 260g

Serbuk choc 10g

Choc emulco 5g

Cara membuat:

1. Campur semua bahan dan pukul dengan tangan

2. Masukkan dalam bekas plastic

3. Stimkan/kukus api medium 3 minit selepas air mendidih - offkan api, rehat 5 minit bertutup

4. Sekali lagi, Stimkan/kukus api medium 3 minit - offkan api, rehat 5 minit bertutup

5. Boleh bakar, guna api bawah shj, 120°C selama 25 minit