Pages

Showing posts with label Carrot cake. Show all posts
Showing posts with label Carrot cake. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

kek akhir 2011

Sebulan lagi 2011 akan berakhir... menjelang pula tahun yang baru... semoga segalanya lebih baik dari tahun sebelumnya..
Baiklah, berikut merupakan entry yang tertangguh sepanjang akhir 2011( dari bulan Julai rasanyer...). Enjoy d pic...


Ini merupakan kek perkahwinan anak Dr Roslizar. Iffah juga merupakan ex stdnt ku. kek ini merupakan hadiah dari adiknya Nahdia yang masih di Maktab dlm ting 5... Tq Nahdia..
Kek black forest..












Kek choc moist ditempah oleh Ili Nabilah form 5 utk harijadinya.












Kek Carrot topping cream cheese... makan sendiri n bagi jiran tetangga.













kek ulangtahun perkahwinan saya sendiri. blackforest gak sambil nak test power buat deco ala2 taman gitu... siap lilin.












Ade citer menarik kek ni. buat bagai nak rak, anak2 potong beriya siap nyanyi lagi... siap potong sorang pun x makan. satu keluarga dah boring kek ni. kiterang makan cheese cake je..
heheh last2 jadi rezeki jiran tetangga n anak2 murid.... anyway.. happy 7th anivasary abang...



Ada sambungan bahagian ke dua yer...




























Wednesday, February 16, 2011

kek Jan & Feb 2011



salam.
Ni update terbaru kek awal 2011 ni... kisah setiap kek dibawah setiap gambar..


Nilah kek tunang pertama yang saya buat. sepenuh hati dan perasaan buat ni tau...... Diorder oleh cg Marliah untuk majlis bertunang sepupunya..

Ni isi frozen Oreo cheese cake.

Frozen Oreo Cheese cake 9 inch. RM 60... Sape berminat boleh order...

Kek Choc Sponge dengan Fresh cream topping untuk Pengawas PSP yang telah membantu ku sebagai AJK Semakan Doc hari pendaftaran F4.

Ni juga kek untuk PSPian. Carrot cake topping ngan cream cheese.
TQ PSP ian yang diketuai oleh Syazuan .

Ni kek latest last week diorder oleh Kak hawa yang terlupa birthday suaminya... Kek choc Sponge layered ngan frozen cheese 40% topin fresh cream. Boleh order ngan harga RM45.

Alhamdulillah. Harap tahun ni akan lebih baik dan dapat memenuhi permintaan pelanggan dan meng'up grade' diri.

Ha!Minggu ni minggu aktiviti, hari khamis ni ade hari bakat dan dan saya terlibat men demo cara deco cake di booth 17. Saya akan update cerita tu dalam entry blog yang akan datang..

Enjoy my cakes!

Tuesday, May 25, 2010

Kek carrot experiment


Salam...
Inilah percubaan pertama membuat butter kek carrot hasil dari resepi kenalan dari FB yang bernama Dira. Ni nama dalam FB dia ; Dieyra Znur. TQ Dira...
rasa sedap cuma x puas hati tang bhgn bawah kek tu mcm bantat sikit. tapi pat tulah yang hubby paling suka...
kek carrot ni rasa rempah cinnamon n nutmeg. letak juga badam hancur. Topping dari cream cheese. ni sy try buat 7 inch ajer sbb nak makan sendiri.. bawak gak tuk kengkawan kat sekolah. Semua suka. next week nak buat lagilah... tuk anak homeroom plak...
Belum berani lagi nak ambik order tuk kek ni.. kene try lagi...

Ni rupa kek carrot yang telah di bedah.. nampak part bawah yang agak tepu tu????



2 kek diatas diorder oleh Latifah dari kelas 502 tuk harijadi 4 orang kawan depa termasuk pres BWP Farid Khosim.. Mula2 depa order choc moist. order pagi Sabtu nak malamnyer... Tepung gandum plak habih stok. terus suggest tuk tukar jenis kek. dapat lah fresh cream sponge cake ni..
First time guna tip Daun tuk buat daun n skirting di sisi kek tu... oklah puas hati gak.. cuma x pandai lagi buat roses. saya belajar melalui video di internet jer.. Harap2 boleh improve lagi lain kali...
Enjoy!