Pages

Friday, August 27, 2010

kek pisang

kek pisang yang dah di potong

rupa isi dalam kek pisang.

Kek Pisang

Bahan A

Mentega 150g

Marjerin 150g

Teung biasa 150g

Tepung Super fine 150g

Perasa pisang 1tsp

Baking powder ½ tsp

Baking soda 1/8tsp

Bahan B

Mash banana 150g

Glycerine 30g

Susu full cream 50ml

Bahan C

Telur A 240g ( 4biji )

Gula 230g

Cara:

1. Whisk bahan C – high speed 3 mnt, medium 1 mnt . Test –titis perlahan

2. Guna K bitter – pukul bahan-bahan A – slow 1 mnt, medium 4 minit (half way, scrap tepi)

3. Masukkan bahan B perlahan-lahan. Machine pukul perlahan.

4. Tambahkan perasa pisang. Boleh tambah serbuk kayu manis jika suka.

5. Tambahkan bahan C, pukul slow & scrap. Pukul lagi untuk 1mnt slowly.

6. Masuk dlm Loyang – lapik kertas & x perlu lanser

7. Bakar 160°C-170°C selama 40mnt.

Moist Chocolate Cake / Moist Choc Chiffon

Bahan A

Choc paste 10g

Choc Powder 10g

Air 60ml

Perasa vanilla 1tsp

Gula 70g

Garam ½ tsp

Kuning Telur (B) 4nos

Susu 30ml

Bahan B

Tepung biasa 50g

Tepung Super Fine 50g

Baking powder 1/2tsp

Baking soda 1/4tsp

Minyak jagung 40g

Putih telur 4nos

Cream of Tartar [CTT] 1/8tsp

Gula 90g

Topping:

Double cream 50ml

Mentega 10g

Coklat masakan 100g

Cara:

1. Campurkan bahan-bahan A. Kacau guna pengacau tangan sahaja sampai sebati

2. Tambahkan bahan B. kacau 2 arah (kiri & kanan) – elak penghasilan gluten. Kacau sampai licin

3. Masukkan minyak jagung & kacau

4. Whisk machine putih telur – High 1mnt tambahkan CTT & gula 50%. Pukul 30 saat lagi masukkan baki gula. Pukul medium speed 2 minit. Test tekstur- tajam & bengkok sikit.

5. Gunakan tangan; ambil putih telur 1/3 masukkan dalam adunan hasil step 1-3. Kaup balik sehingga 80% mesra. Tuang & kaup semula ke baki putih telur.

6. Masukkan ke dalam loyang loose base (x perlu lanser) & ratakan

7. Bakar 160°C-170°C selama 40mnt.

8. Siap, sejukkan secara terbalik (suhu bilik) & keluarkan

9. Hiaskan dengan topping choc yang telah dimasak secara Van Marie (double boiler).

Resepi Kek Chiffon

Kek chiffon yang dah di potong

Boleh kalerkan oren, pink , choc & boleh tambah perisa yang disukai...
Berikut resepinya...

Chiffon Cake

A. Minyak jagung 70g

Kuning telur 70g (<> 4biji)

Air 90g

Gula castor 100g

Susu tepung (opt) 10g

Essence (pandan) 2 tsp

Perasa pandan santan 2tsp

Garam 1 pinch

B. Tepung gandum biasa 70g

Tepung low protein 70g

Baking powder 3g

C. Putih telur (20°C) 145g

Cream of Tartar [CTT] 1/8 tsp

Gula 70g

Cara:

1. Pukul tangan bahan A

2. Masukkan bahan B. Pukul double direction-kiri kanan. Kacau sampai licin.

3. Whisk putih telur – high speed 2mnt, medium 2mnt

4. Semasa whisk high speed lps 1 mnt, masukkan CTT dan 50% gula. Whisk lagi.

5. Lps tamat whisk high speed 2 minit masukkan lagi 50% gula.

6. Uji putih telur (tekstur) – mesti dapat tip tajam & bengkok

7. 1/3 putih telur yang dah kembang dan campur dengan bahan A, gaul dan masukkan semula ke dalam baki putih telur tadi. Lakukan dengan tangan.

1. Masukkan dalam acuan Loyang kek berlubang tengah & x perlu lanser

2. Bakar 160°C-170°C selama 40mnt.

3. Siap bakar biar kek sejuk dalam Loyang secara terbalik - elak kek collapse

4. Perasa pandan boleh tukar kepada oren / kopi.

Tuesday, August 24, 2010

Choc moist tuk kak hajerah

ini order choc moist dari Kak Hajerah untuk anak perempuannya sebelum puasa hari tu... 1st time try buat roses dari choc ganache. susah gak nak buat. konsistensi choc tu x betul... anyway inilah hasilnya... banyak lagi aku kene belajar ni...


Oklah... enjoy my cake n wish me luck... selamat berpuasa....

kelas kek;Gambar2 yang lepas

Salam
berikut ilah gambar2 yang terbaru dari kelas kek. maaf dah lama x update sebab wifi card laptop rosak...
enjoy...
Ini kek chiffon.. boleh lah buat nanti...


Kek lapis oleh salah sorang class mate... sesape duk taiping @ LMS bolehlah order klu nak...


Kek pisang... sedap jugak...



Cara nak hias kek chiffon choc moist.. oleh chef eric




Ha ni.. yang dah siap...
Resepi akan di upload kemudian... Insya Allah..



Friday, July 23, 2010

cup cake & birthday cakes

Salam.
Tayang gambar skit. Ni Cup cakes choc n strawberry tuk tadika miftah. Miftah ade hari penyampaian hadiah kecil2 utk sem 1 di Pasti An Nur. sbb kek ni lah aku kene tolak order dari stdn Zaza. sori zaza.
Ni cup cake besar. dapat dalam <>

Guna topping fresh cream. dan coloured rice di tabur oleh Miftah & Aisha.

Ni plak kek yang diorder oleh Kak Mama Noriah Cikgu PSV. Untuk Sarah 6 tahun. Bluberry vanilla cakes. Dalam layer ngan blueberry 3 layer n topping ngan blueberry. bagi kaler merah jambu biar feminin skit n hias ngan figura pink gak. rasa cam x de penegasan dr segi warna.. anyway, masih lagi x puas hati dgn tulisan. Kene perbaiki....
Ok TQ K Mama n enjoy my cakes...

Wednesday, July 14, 2010

Resepi Biskut (kelas 11 July 2010)

5 resepi biskut dipaparkan disini.
Kita ulas gambar dulu ok?

Sessi menghias Rocher dgn coklat cair putih

Inilah Rocher secara zooming!

Ini plak Devil Chocolate Cookies yg dah siap dihias

Dari kiri; Walnut & chips, Devil choc cookies yg x siap lagi, Honey & love(hias dgn gula hijau), dan Peanut colour cookies (yg colourfull tu).

Ni plak resepi dia:

Honey & Love (Cashew Nut Cookies)

A. Marjerin 125g (50% ganti dgn butter)

Icing Sugar 50g

Madu 30g

Kuning Telur 1 biji

Vanilla Flavour 1 sudu kecil

B. Tepung biasa 160g (Shifted)

Ground Cashew Nut 40g

Milk powder 10g

Baking soda 1/8 sudu kecil

C. Colour sugar

Cara membuat:

1. Pukul marjerin dengan gula – paddle slow (10s) & medium (3 mnt)- sampai adunan creamy bukan fluffy

2. Masukkan kuning telur & vanilla- kacau sebati (20s)

3. Masukkan bahan B – slow (30s)

4. Jika adunan terlalu lembik masukkan peti sejuk secara terdedah selama 15 minit.

5. Terap bentuk ‘love’ , sapu permukaan dgn telur & hias dengan colour sugar

6. Bakar 150 – 160°C selama 20-25 minit.


Walnut & Chips

A. Marjerin 125g (50% ganti dgn butter)

Brown sugar 150g (50% gula halus )

Vanilla Flavour 1 sudu kecil

B. Tepung biasa 180g (Shifted)

Choped Wallnut 50g (bakar suhu 170°C selama 5-6 minit)

Milk powder 10g

Baking powder ½ sudu kecil

Baking soda 1/8 sudu kecil

C. Chocolate Chips

Cara membuat:

1. Pukul marjerin dengan gula – paddle slow (10s) & medium (3 mnt)- sampai adunan creamy bukan fluffy

2. Masukkan vanilla- kacau sebati (10s)

3. Masukkan bahan B – slow (20s)

4. Jika adunan terlalu lembik masukkan peti sejuk secara terdedah selama 15 minit.

5. Bulat-bulatkan (40g setiap biji/ bg setiap 100g adunan boleh buat 16 biji)

6. Sapu permukaan biskut dengan telur & hias dengan chocolate chips

7. Bakar 150 – 160°C selama 20-25 minit.


Devil Chocolate Cookies

A. Marjerin 250g (50% ganti dgn butter)

Icing Sugar 120g

Kuning Telur 2 biji

Vanilla Flavour 1 sudu kecil

B. Tepung superfine 330g (Shifted)

C. Chocolate putih (cair) 100g

Badam (toasted) 150g

Chocolate (cair) 100g

Cara membuat:

1. Pukul marjerin dengan gula – paddle slow (10s) & medium (3 mnt)- sampai adunan creamy bukan fluffy

2. Masukkan kuning telur & vanilla- kacau sebati (20s)

3. Masukkan bahan B – slow (30s)

4. Jika adunan terlalu lembik masukkan peti sejuk secara terdedah selama 15 minit.

5. Terap bentuk yag disukai.

6. Bakar 150 – 160°C selama 20-25 minit.

7. Hiaskan dengan bahan C



Peanut Colour cookies

A. Marjerin(butter) 90g

Peanut butter 90g

Brown sugar 120g (50% gula kastor)

Vanilla Flavour 1 sudu kecil

B. Telur ½ biji

C. Tepung biasa 220g (Shifted)

Baking powder ½ sudu kecil

Baking soda ½ sudu kecil

D. Buah kering merah 30g

Buah kering hijau 30g

(buah kering ialah betik muda potong kecil yang diwarnakan)

Cara membuat:

1. Pukul marjerin dengan gula – paddle slow (10s) & medium (3 mnt)- sampai adunan creamy bukan fluffy

2. Masukkan kuning telur

3. Masukkan bahan C & D – slow (30s)

4. Jika adunan terlalu lembik masukkan peti sejuk secara terdedah selama 15 minit.

5. Terap bentuk yang disukai

6. Bakar 150 – 160°C selama 20-25 minit.


Rocher

Bahan-bahan:

Tempered Chocolate 50g

(Couverture choc yg sudah diukur suhu – melt 40°C - sejukkan 27°C - panaskan 2 saat ke 29°C)

Peanut Choc Paste 25g (Peanut butter 10g + Melted Choc 15g)

(Boleh ganti dgn Hazelnut praline paste)

Toasted almond (bntuk panjang) 150g

Icing sugar 50g

Hiasan:

Melted white Choc 50g

Cara membuat:

1. Cairkan Chocolate dengan cara double boiler

2. Campurkan Peanut choc paste dgn Tempered Choc dan kacau dgn sudu

3. Tambahkan toasted almond dan icing sugar

4. Kacau sehingga sebati (dgn sudu)

5. Lapik tray dgn plastik dan gunakan sudu untuk membentuk Rocher

6. Masukkan peti sejuk

7. Cairkan choc putih dan masukkan dlm piping beg

8. Hiaskan Rocher dgn garisan choc putih.