Pages

Wednesday, July 14, 2010

Resepi Biskut (kelas 11 July 2010)

5 resepi biskut dipaparkan disini.
Kita ulas gambar dulu ok?

Sessi menghias Rocher dgn coklat cair putih

Inilah Rocher secara zooming!

Ini plak Devil Chocolate Cookies yg dah siap dihias

Dari kiri; Walnut & chips, Devil choc cookies yg x siap lagi, Honey & love(hias dgn gula hijau), dan Peanut colour cookies (yg colourfull tu).

Ni plak resepi dia:

Honey & Love (Cashew Nut Cookies)

A. Marjerin 125g (50% ganti dgn butter)

Icing Sugar 50g

Madu 30g

Kuning Telur 1 biji

Vanilla Flavour 1 sudu kecil

B. Tepung biasa 160g (Shifted)

Ground Cashew Nut 40g

Milk powder 10g

Baking soda 1/8 sudu kecil

C. Colour sugar

Cara membuat:

1. Pukul marjerin dengan gula – paddle slow (10s) & medium (3 mnt)- sampai adunan creamy bukan fluffy

2. Masukkan kuning telur & vanilla- kacau sebati (20s)

3. Masukkan bahan B – slow (30s)

4. Jika adunan terlalu lembik masukkan peti sejuk secara terdedah selama 15 minit.

5. Terap bentuk ‘love’ , sapu permukaan dgn telur & hias dengan colour sugar

6. Bakar 150 – 160°C selama 20-25 minit.


Walnut & Chips

A. Marjerin 125g (50% ganti dgn butter)

Brown sugar 150g (50% gula halus )

Vanilla Flavour 1 sudu kecil

B. Tepung biasa 180g (Shifted)

Choped Wallnut 50g (bakar suhu 170°C selama 5-6 minit)

Milk powder 10g

Baking powder ½ sudu kecil

Baking soda 1/8 sudu kecil

C. Chocolate Chips

Cara membuat:

1. Pukul marjerin dengan gula – paddle slow (10s) & medium (3 mnt)- sampai adunan creamy bukan fluffy

2. Masukkan vanilla- kacau sebati (10s)

3. Masukkan bahan B – slow (20s)

4. Jika adunan terlalu lembik masukkan peti sejuk secara terdedah selama 15 minit.

5. Bulat-bulatkan (40g setiap biji/ bg setiap 100g adunan boleh buat 16 biji)

6. Sapu permukaan biskut dengan telur & hias dengan chocolate chips

7. Bakar 150 – 160°C selama 20-25 minit.


Devil Chocolate Cookies

A. Marjerin 250g (50% ganti dgn butter)

Icing Sugar 120g

Kuning Telur 2 biji

Vanilla Flavour 1 sudu kecil

B. Tepung superfine 330g (Shifted)

C. Chocolate putih (cair) 100g

Badam (toasted) 150g

Chocolate (cair) 100g

Cara membuat:

1. Pukul marjerin dengan gula – paddle slow (10s) & medium (3 mnt)- sampai adunan creamy bukan fluffy

2. Masukkan kuning telur & vanilla- kacau sebati (20s)

3. Masukkan bahan B – slow (30s)

4. Jika adunan terlalu lembik masukkan peti sejuk secara terdedah selama 15 minit.

5. Terap bentuk yag disukai.

6. Bakar 150 – 160°C selama 20-25 minit.

7. Hiaskan dengan bahan C



Peanut Colour cookies

A. Marjerin(butter) 90g

Peanut butter 90g

Brown sugar 120g (50% gula kastor)

Vanilla Flavour 1 sudu kecil

B. Telur ½ biji

C. Tepung biasa 220g (Shifted)

Baking powder ½ sudu kecil

Baking soda ½ sudu kecil

D. Buah kering merah 30g

Buah kering hijau 30g

(buah kering ialah betik muda potong kecil yang diwarnakan)

Cara membuat:

1. Pukul marjerin dengan gula – paddle slow (10s) & medium (3 mnt)- sampai adunan creamy bukan fluffy

2. Masukkan kuning telur

3. Masukkan bahan C & D – slow (30s)

4. Jika adunan terlalu lembik masukkan peti sejuk secara terdedah selama 15 minit.

5. Terap bentuk yang disukai

6. Bakar 150 – 160°C selama 20-25 minit.


Rocher

Bahan-bahan:

Tempered Chocolate 50g

(Couverture choc yg sudah diukur suhu – melt 40°C - sejukkan 27°C - panaskan 2 saat ke 29°C)

Peanut Choc Paste 25g (Peanut butter 10g + Melted Choc 15g)

(Boleh ganti dgn Hazelnut praline paste)

Toasted almond (bntuk panjang) 150g

Icing sugar 50g

Hiasan:

Melted white Choc 50g

Cara membuat:

1. Cairkan Chocolate dengan cara double boiler

2. Campurkan Peanut choc paste dgn Tempered Choc dan kacau dgn sudu

3. Tambahkan toasted almond dan icing sugar

4. Kacau sehingga sebati (dgn sudu)

5. Lapik tray dgn plastik dan gunakan sudu untuk membentuk Rocher

6. Masukkan peti sejuk

7. Cairkan choc putih dan masukkan dlm piping beg

8. Hiaskan Rocher dgn garisan choc putih.


Tuesday, July 13, 2010

Kelas kek 1

Salam..
Alhamdulillah, aku dah berpeluang mengikuti kursus kek anjuran YKS bawah program NECR. 6 bulan & free of charge! Best wo.... Kursus ni open tuk 50 org jer. 25 employed n 25 unemployed. unemployed pun aku tgk tokey2 kedai kek pun join gak.... heheh bagus!bagus! semangat belajar tetap ada.
Aku kene bayar RM150 tuk beli peralatan hias kek je nanti. bagi yg x bekerja depa dapat elaun bulanan RM250 lagi.... Kak Lela siap nak buat lesen memandu guna duit tu lagi... kak Lela ni dah lama bidang kek ni cuma dia buat kat umah jer... datang kursus ni pun naik bas dr Selinsing.. sbb x tau drive.. Go! K Lela... Business kene maju & kencang lepas ni
Kursus ni buat kat Kedai suplier bebarang kek nama TE JIA. Tepi Am Bank kat taiping jer...
Chef yg ajar nama Chef Eric Kwan. Syukur sgt dapat kursus ni... sebab ni lah 1st time dapat belajar secara formal. Sayang sedikit cuma kelas ini banyak secar demo jer... tapi ialah apelah yg aku boleh harap dari kelas percuma...



Ni kengkawan sesi pertama. dari kiri, Shila; penjahit baju yang berjaya. Ade 3 mesin jahit kat umah dia. Aku tudung ijau. yang kanan tu plak nama Zura. . cikgu KEMAS yg tengah sibuk wat Dip Ed KDC. Tgh sebok nak kene observe.
Ni Chef Eric tgh edar hasil kelas pertama; Kek butter Marble.. Ila; tokey kedai Deli Bakery...kat Kamunting... Tgh membedak-bedak kek kepada kengkawan

Ha! ni tokey kedai Te Jia Ms May. dan dalam kelas kami ada 2 pelajar lelaki..

ha ni kelas demo kek oleh Chef Kwan.

Any way, I'm willing to share the recipe that I get from this courses with every one.. dan utk pengetahuan semua, resepi ni Chef bagi bahan-bahan jer. kaedah ikut kefahaman masing2. so terimalah ape yg aku sempat paham n catat ye...

So jemputlah ikut entry blog yang seterusnya di mana saya akan upload gambar & resepi.
So selamat mengikuti entry yang seterusnya....
Adios!!!

Anak K Misah dapat No 1


Salam,
Sebenarnya ni kek 2 minggu lepas. comp baru je ok ni. dah 2 minggu x dpt upload entry..
oklah citer pasal kek ni.. Kek ni di order oleh kak Misah sbb Zahidah dapat no 1 kat tadika ABIM Taiping. Gembira maknyer x terkata sampai maknyer order 2 bijik kek kat aku... Alhamdulillah...

yang ni.. kek choc san ngan fresh cream biru... saje nak try kaler... kali ni aku taruk figura.. beli je patung tu... mahal skit.. tapi bebudak mesti suka..
Silap skit eja congratulation... tertinggal R. nasib baik perasan tp x lawa sgt lepas betulkan

Yang ni campur skit ngan fresh cream choc skit... Oklah... Enjoy your cake K Misah!!

Wednesday, June 30, 2010

Fresh Cream

Salam
atas permintaan seorang rakan. Saya ingin bercerita pasal fresh cream ni, sy bukanlah pakar. cuma ingin berkongsi pengalaman yang ada. memandangkan saya x de latihan formal. Pengetahuan yang ada hanya berdasarkan percubaan sendiri dan pengalaman.


Ok! ini ni kotaknyer. 1100g beratnyer harga RM 12++. x brape ingat lah... same ke ngan whiping cream? aku pun tak tau....

Alamak. gambar terlentang lah plak... ni instruction yang ade kat tepi kotak. sila terlentangkan kepala anda ketika membacanya...

Ni rupa fresh cream sebelum di putar. ni aku campur ngan choclate emulco. banyak ni rase boleh cukup tuk 2 bijik kek. aku suka mix masa cream ni frozen lagi.. sbb dia sensitif temperature.


Ni lepas diputar n dah siap... dalam 5 minit ++. halaju mixer paling tinggi perlu digunakan. memang dah manis n fluffy. rasa macam ais cream.


Ha! dah siap apply. bolehlah try! selamat Mencuba....

Kek surpraise birthday Julia


kek ini diorder oleh anak murid kelas Julia (513). 2 3 orng order...pening aku.Nak wat seprise party tuk dia lah tu..... Akhirnyer siap walau pun sedikit penat semalam..

Kek span chocolate topping freshcream chocolate. TQ Rushdi 513 yang order..


Ni plak kek yang Julia order sendiri untuk hari jadinyer sendiri... Chocolate moist. ingatkan dia nak makan ngan anak homeroom nyer... rupanya makan ngan kami di bilik guru

Ha! ni masa Julia seleberet besday di jabatan lah.... aku yang tudung kuning tu... belakang aku tu... ler hubby kesayangan I....
OKlah... Happy Birthday JULIA... Selamat menyambut usia 31!!!! saja enosement 2X (bunyi cam Saleh Yaakob)... hehehe

Tuesday, June 29, 2010

order selepas cuti sekolah


Ini adalah kek yang diorder oleh cikgu komputer; Cg Izatul untuk anak2 homeroomnyer...

Deco atas kek. alhamdulilah nampak ok walaupun spatula melepa tertinggal di kg sg Besar... nak kene beli satu lagi ni...

Ni isi kandungan kek sebelum di litupi oleh fresh cream. choc sponge layer ngan cream cheese 40%. bila bedah nanti baru nampak layer dia. rase nak wat 2 layer cheese tapi takut tak berapa rase plak cheese dia..

Yang ni cheese cake topping blueberry tuk anak. buat sama-sama ngan kek love Izatul. Tapi aisha jer yang makan. Miftah makan blueberry jer... depa dah boring makan kek. tapi bila saya buat kek tuk org lain, geram jer aisha nak potong.... sabar....


ni kek yang di order oleh kak Hawa sebelum cuti sem 1 hari tu.. order petang malam tu siap. telur plak short! pinjam telur dari Maysarah and Faizah... TQ
Kek untuk sambutan hari jadi Azfar di tadika Graduan Mukmin , Taiping
TQ kak hawa..

kek post sem 1 exam's


Salam. Bertemu kembali... lama dah tak menulis... buzy tanda paper, n banyak order plak lepas exam tu... sebahagian dah publish.. ni adalah sebahagian lagi...

ini adalah kek untuk kelas 411 homeroom Keen and kind. Kami (nasrin & aiza) buat surprise besday party tuk anak2 homeroom kami.. Surprise2 pun kutip gak duit dari depa tuk beli bihun goreng & air..

Kek span choclate dengan fresh cream topping....

Ni plak kek carrot topping ngan cream cheese.

Alhamdulillah selesai semua...