Pages

Tuesday, September 21, 2010

klik-klik gambar kek

kek-kek yang lepas... ditayang disini...

Ini kek untuk berbuka semasa bulan puasa semasa majis berbuka bersama homeroom. sedap wo.... blackforrest ber-strawberry...

Cheese cake berfreshcream dan berstrawberrry. buh jelly atas bagi effect shining n nak hold stroberi tu...

blueberry topping Cheese cake tuk makan sendiri... sedapnyer...

Kek choc span tuk K Hawa. teringin nak makan kek ngan anak2. buat 1/2 kg.. jer... TQ

Jualan kek gerai homeroom


Berikut merupakan gambar-gambar sekitar jualan gerai homeroom ku KEEN 4 dari kelas 411. Alhamdulillah untung....
Kek yang kujual ni potong 8 je... besar giler setiap 1 pc tu... klu kat kedai kek potong sepuluh tau!
Harga cuma 5.oo per pc.

Kek black forrest untuk dijual... Rm 5 per pc..

Choc moist.. RM5 per pc.. Besar wo...!

Nak beli yang ni.... nampak besar ni...

Jaga gerai sambil possing, anak homeroom ku...

Posing, sebelah kek n iklan kek ku..

Em.... Kek cikgu Nasrin Sedap!!!!!!!!

Gambar sekitar kelas Kek di Te Jia Taiping

Inilah hasil deco cake ku dalam kelas 18/9 baru ni... penat woo... skill pun x de. Dome shape cakes

Aku n Kak Lela bersama hasil kek masing-masing..

Gembira bersama hasil kek... classmate ku... tokey biskut raya..

Gambar dari cermin atas menunjukkan meja kerja chef Eric.

Mixer grandos yg ade di kelas..

Chef Eric tunjuk cara pakai piping bag..

Serabut! kene jaga mixer.

Bubuh muffin dalam cupnyer...

Aku bersama rerakan dalam kelas..

Keadaan kelas kami... sempit, tapi ku harung juga... free... x pe, ku sanggup

oklah... selamat belajar kengkawan

Monday, September 20, 2010

Butter cream

Kek yang dibuat menggunakan butter cream... hasil dari tangan ku...

Juga kek dari butter cream dari Ila Batu Kurau

Butter Cream

Butter 500g

Margerine500g

Creamwell 500g

Sugar syrup / susu pekat manis 750g

Method:

1. Whip butter, margarine, creamwell at high speed using K beater until creamy & light.

2. Add sugar/susu & mix well

Sugar syrup

Sugar 1kg

Water 600ml

Citric acid 2g

Method:

1. Boil sugar, water & citric acid at 115°C.

2. Simmer for 45 mins at low heat

Macam-macam Puding

Ini peach pudding.. sedap gak...


Peach Pudding

Agar-agar powder 3g

Air 400ml

Gula 180g

Susu segar fullcream 200ml

Buah peach 1tin (dipotong)

Cara membuat

1. Air, gula, susu, agar powder – panaskan dan gaul sebati sampai sebati - tutup api

2. Masukkan dalam bekas pudding – masukkan buah peach

3. Masukkan peti sejuk

Rainbow Pudding

Agar-agar powder 3g

Air 400ml

Gula 180g

Susu segar fullcream 200ml

Pewarna merah, Kuning , Hijau

Cara membuat

1. Air, gula, susu, agar powder – panaskan dan gaul sebati sampai sebati - tutup api

2. Bahagi 3, warnakan.

3. Masukkan dalam bekas pudding 1 warna -Masukkan peti sejuk sekejap utk set.

4. Masukkan dalam bekas pudding warna ke dua -Masukkan peti sejuk sekejap utk set

5. Masukkan dalam bekas pudding warna ke tiga -Masukkan peti sejuk sebelum dimakan

Puding Telur & Choc

Telur A 2 biji

Susu pekat krimer manis 120g

Susu fullcream 260g

Serbuk choc 10g

Choc emulco 5g

Cara membuat:

1. Campur semua bahan dan pukul dengan tangan

2. Masukkan dalam bekas plastic

3. Stimkan/kukus api medium 3 minit selepas air mendidih - offkan api, rehat 5 minit bertutup

4. Sekali lagi, Stimkan/kukus api medium 3 minit - offkan api, rehat 5 minit bertutup

5. Boleh bakar, guna api bawah shj, 120°C selama 25 minit

Baked Cheese cake

He He He... Chef Eric sedang mengira masa yg diperlukan tuk masak cheese cake.

Niah cheese cake yg sedap tu.... Em... Yummy..


Baked Cheese Cake

A) Cream cheese 250g

Yogurt 150g / susu segar 120g

Gula 100g

B) Kuning telur (B) 4 biji

C) Tepung naik sendiri 40g

Tepung Jagung 30g

D) Putih telur 4biji

Cream of Tartar (CTT) 1/8 tsp

Gula 80g

Cara membuat:

1. Bahan D; Whisk putih telur, 1 minit laju – Tambah CTT-1 minit laju- tambah 50% gula -30s medium- tambah 50% gula – 30s medium. (teknik kembangkan putih telur supaya dapat yang cantik)

2. Bahan2 A cairkan cara double boiler.

3. Tambahkan kuning telur, pukul tangan

4. Tambahkan bahan C – kacau hingga sebati

5. Ambil bahan D sebanyak 1/3 masuk ke dlm bahan dari step 2-3. Kaup balik dengan tangan sampai mesra.

6. Tuang bahan 5 ke dalam baki bahan step 2-3 tadi. Kaup balik dgn tangan sampai sebati.

7. Masuk dalam Loyang dah lapik. Masak secara steam bake- Loyang kek dalam Loyang yang ade air tinggi 1 inch

8. Bakar 170°C selama 1jam 15 minit.

Muffin

Muffin Kiwi

Muffin Blueberry

Ready tuk dibakar...


Muffin

1. Minyak jagung 150g

Susu segar 150ml

Gula kastor 160g

Telur (B) 2 biji

Vanilla essence 1 sudu besar

2. Tepung gandum biasa 150g

Tepung Low protein 100g

Serbuk penaik 10g (2tsp)

3. Inti buah(jelly form)

Cara membuat:

1. Gula + Telur – pukul sampai kembang

2. Tambahkan semua bahan 1 dan pukul lagi

3. Tambah bahan 2 – pukul perlahan / guna hand beater

4. Letak inti buah sama ada atas @ dalam Muffin guna piping bag

5. Stp muffin cup <>70g

6. Bakar 70°C , 30 minit