Pages

Friday, August 27, 2010

Brownies

Brownies yang dibuat oleh chef Eric Kwan

Brownies (kek ala biskut)

A. Coklat masakan 150g

Mentega 60g

B. Telur 2 biji

Gula castor 50g

C. Tepung naik sendiri 50g

Vanilla essence 2tspn

Coklat powder 5g

D. Double cream 50ml

Mentega 10g

Coklat masakan 100g

Cara:

1. Cairkan bahan A (double boiler-50°C-70°C)-sejukkan suhu bilik

2. Whisk bahan B-high speed 2-3mnt, medium 1 mnt.

3. Tambahkan vanilla

4. Campurkan bahan C & kacau dengan pemukul tangan sehingga separa sebati.

5. Campurkan bahan A tadi dan kacau sebati.

6. Masukkan dalam Loyang 4 segi saiz 9inch. Ratakan permukaan.

7. Bakar 160°C-170°C selama 40mnt.

8. Frosting time! Cairkan bahan D. sejukkan sebentar dalam peti sejuk supaya cukup kental.

9. Letak atas brownies & lorekkan dengan garpu.

10. Elok dimakan setelah simpan dalam peti sejuk

kek pisang

kek pisang yang dah di potong

rupa isi dalam kek pisang.

Kek Pisang

Bahan A

Mentega 150g

Marjerin 150g

Teung biasa 150g

Tepung Super fine 150g

Perasa pisang 1tsp

Baking powder ½ tsp

Baking soda 1/8tsp

Bahan B

Mash banana 150g

Glycerine 30g

Susu full cream 50ml

Bahan C

Telur A 240g ( 4biji )

Gula 230g

Cara:

1. Whisk bahan C – high speed 3 mnt, medium 1 mnt . Test –titis perlahan

2. Guna K bitter – pukul bahan-bahan A – slow 1 mnt, medium 4 minit (half way, scrap tepi)

3. Masukkan bahan B perlahan-lahan. Machine pukul perlahan.

4. Tambahkan perasa pisang. Boleh tambah serbuk kayu manis jika suka.

5. Tambahkan bahan C, pukul slow & scrap. Pukul lagi untuk 1mnt slowly.

6. Masuk dlm Loyang – lapik kertas & x perlu lanser

7. Bakar 160°C-170°C selama 40mnt.

Moist Chocolate Cake / Moist Choc Chiffon

Bahan A

Choc paste 10g

Choc Powder 10g

Air 60ml

Perasa vanilla 1tsp

Gula 70g

Garam ½ tsp

Kuning Telur (B) 4nos

Susu 30ml

Bahan B

Tepung biasa 50g

Tepung Super Fine 50g

Baking powder 1/2tsp

Baking soda 1/4tsp

Minyak jagung 40g

Putih telur 4nos

Cream of Tartar [CTT] 1/8tsp

Gula 90g

Topping:

Double cream 50ml

Mentega 10g

Coklat masakan 100g

Cara:

1. Campurkan bahan-bahan A. Kacau guna pengacau tangan sahaja sampai sebati

2. Tambahkan bahan B. kacau 2 arah (kiri & kanan) – elak penghasilan gluten. Kacau sampai licin

3. Masukkan minyak jagung & kacau

4. Whisk machine putih telur – High 1mnt tambahkan CTT & gula 50%. Pukul 30 saat lagi masukkan baki gula. Pukul medium speed 2 minit. Test tekstur- tajam & bengkok sikit.

5. Gunakan tangan; ambil putih telur 1/3 masukkan dalam adunan hasil step 1-3. Kaup balik sehingga 80% mesra. Tuang & kaup semula ke baki putih telur.

6. Masukkan ke dalam loyang loose base (x perlu lanser) & ratakan

7. Bakar 160°C-170°C selama 40mnt.

8. Siap, sejukkan secara terbalik (suhu bilik) & keluarkan

9. Hiaskan dengan topping choc yang telah dimasak secara Van Marie (double boiler).

Resepi Kek Chiffon

Kek chiffon yang dah di potong

Boleh kalerkan oren, pink , choc & boleh tambah perisa yang disukai...
Berikut resepinya...

Chiffon Cake

A. Minyak jagung 70g

Kuning telur 70g (<> 4biji)

Air 90g

Gula castor 100g

Susu tepung (opt) 10g

Essence (pandan) 2 tsp

Perasa pandan santan 2tsp

Garam 1 pinch

B. Tepung gandum biasa 70g

Tepung low protein 70g

Baking powder 3g

C. Putih telur (20°C) 145g

Cream of Tartar [CTT] 1/8 tsp

Gula 70g

Cara:

1. Pukul tangan bahan A

2. Masukkan bahan B. Pukul double direction-kiri kanan. Kacau sampai licin.

3. Whisk putih telur – high speed 2mnt, medium 2mnt

4. Semasa whisk high speed lps 1 mnt, masukkan CTT dan 50% gula. Whisk lagi.

5. Lps tamat whisk high speed 2 minit masukkan lagi 50% gula.

6. Uji putih telur (tekstur) – mesti dapat tip tajam & bengkok

7. 1/3 putih telur yang dah kembang dan campur dengan bahan A, gaul dan masukkan semula ke dalam baki putih telur tadi. Lakukan dengan tangan.

1. Masukkan dalam acuan Loyang kek berlubang tengah & x perlu lanser

2. Bakar 160°C-170°C selama 40mnt.

3. Siap bakar biar kek sejuk dalam Loyang secara terbalik - elak kek collapse

4. Perasa pandan boleh tukar kepada oren / kopi.

Tuesday, August 24, 2010

Choc moist tuk kak hajerah

ini order choc moist dari Kak Hajerah untuk anak perempuannya sebelum puasa hari tu... 1st time try buat roses dari choc ganache. susah gak nak buat. konsistensi choc tu x betul... anyway inilah hasilnya... banyak lagi aku kene belajar ni...


Oklah... enjoy my cake n wish me luck... selamat berpuasa....

kelas kek;Gambar2 yang lepas

Salam
berikut ilah gambar2 yang terbaru dari kelas kek. maaf dah lama x update sebab wifi card laptop rosak...
enjoy...
Ini kek chiffon.. boleh lah buat nanti...


Kek lapis oleh salah sorang class mate... sesape duk taiping @ LMS bolehlah order klu nak...


Kek pisang... sedap jugak...



Cara nak hias kek chiffon choc moist.. oleh chef eric




Ha ni.. yang dah siap...
Resepi akan di upload kemudian... Insya Allah..