Pages

Tuesday, May 25, 2010

Kek carrot experiment


Salam...
Inilah percubaan pertama membuat butter kek carrot hasil dari resepi kenalan dari FB yang bernama Dira. Ni nama dalam FB dia ; Dieyra Znur. TQ Dira...
rasa sedap cuma x puas hati tang bhgn bawah kek tu mcm bantat sikit. tapi pat tulah yang hubby paling suka...
kek carrot ni rasa rempah cinnamon n nutmeg. letak juga badam hancur. Topping dari cream cheese. ni sy try buat 7 inch ajer sbb nak makan sendiri.. bawak gak tuk kengkawan kat sekolah. Semua suka. next week nak buat lagilah... tuk anak homeroom plak...
Belum berani lagi nak ambik order tuk kek ni.. kene try lagi...

Ni rupa kek carrot yang telah di bedah.. nampak part bawah yang agak tepu tu????



2 kek diatas diorder oleh Latifah dari kelas 502 tuk harijadi 4 orang kawan depa termasuk pres BWP Farid Khosim.. Mula2 depa order choc moist. order pagi Sabtu nak malamnyer... Tepung gandum plak habih stok. terus suggest tuk tukar jenis kek. dapat lah fresh cream sponge cake ni..
First time guna tip Daun tuk buat daun n skirting di sisi kek tu... oklah puas hati gak.. cuma x pandai lagi buat roses. saya belajar melalui video di internet jer.. Harap2 boleh improve lagi lain kali...
Enjoy!

Wednesday, May 19, 2010

Kek hari guru Miftah


SELAMAT HARI GURU...

Setelah aku pulang dari sambutan hari guru di NAZA TALYYA PENANG anjuran kelab guru 2010 sekeluarga. Hari Isnin ialah sambutan hari guru hampir disemua sekolah.. Nasib baik bukan di tadika anakku; Miftah.
Di PASTI An-Nur Bukit Jana sambutan adalah pada hari Selasa, so sempatlah aku buat kek untuk cikgu2 anakku. kul 12 malam baru siap buat. mengantuk sampai tertidur depan TV sementara tunggu kek masak. Aku yang biasa tidur jam 9-10 kene tidur jam 12. nasib baik buat kerje , penat juga...
Anyway, hasilnya agak baik. Tulisan kali ini aku rasa sedikit kemas.. sebab phrobe piping bag x tersumbat, smooth lah skit menulis...

Inilah keknyer.. Kek span choc filling ngan blueberry. topping fresh cream + Choc coated. Harap sedap... Selamat Hari Guru tuk semua guru di Malaysia...
Kami guru Malaysia.... Berkhidmat dan berjanji.... (dah tengok version otroman? kelakar! cari kat u-tube)

Kek pot luck farewell party


Sempena farewell party tuk cikgu Boniface n Cikgu Mukmin pelatih guru dari UPSI. Aku sponsor kek jer...

First time guna deco peach. nampak menyelerakan jugak. sponge cake layer dengan cream cheese .. tunggu gambar kek bila dibedah nanti.


Ni kek I, bersama hidangan lain.. atas meja makan kat bilik guru 2 jabatan Sains. nampak berseri meja makan dengan kek aku ni... Chewah! Jek diri sendiri la plak... Nasi minyak tempah dari cafe pun sedap hari tu...

Kak misah; " aku tak pernah potong kek sambut hari jadi. Ni first time la aku potong kek... buat2 lah macam hari jadi aku..."
Apa lagi nyanyilah lagu harijadi. potong kak Misah Potong! Potong!potong!
Marliah, Kak Hawa n Julia & Siti serta Ketua Jabatan Sains Cikgu Ridzuan pun interframe..


Syafiqah membedah lagi kek ku untuk di NGAP! Sila, Sila...


Ni lah kek ku yang telah lesap separuh.... Puas hati sume dapat makan...
Bye! Bye! Boni n Mukmin...

kek sumbangan cabutan bertuah


Ha! ni Marliah lah punca idea. dia tanya; K Yin x nak sponser pape ke tuk cabutan bertuah? Pling! datang rase nak sponsor kek. so aku wat lah kek choc moist... tapi ntah lah... saya budak baru belajar.. ha nilah antara proses dan pemenang nyer..

Ha. Ni penerima pertama. Cikgu Shaniza-geng Netball aku bersama baby Iman n Suaminyer... Gembira menerima choc moist aku... heheh jemput makan Sha..

Ni pulak penerima kedua.. Cikgu Izatul yang tudung merah tu... Si Shuhaida n Raja ni tumang glamer.... heheh semoga glamer sentiasa...


Ni kek yang dah siap di bungkus..

Label kat pemotong tu guna permenent marker jer... next time kene tempah sticker lah.... Cover n isi perutnyer...

Ha ni kek yang baru siap decorate... harapnyer sedap! Selamat Makan....





kek lagi 2.1


Berikut beberapa kek lagi untuk tatapan umum..


Cup cakes untuk anak2 sempena hari ibu.. Kek choc cover ngan cream cheese + choc..

Ni pun kek Hari ibu... Untuk diri sendiri dan anak2. saiz 7 inc jer. sbb nak makan sendiri takut x abih . choc butter ( tp ganti ngan minyak masak) topping ngan lemon cream cheese masam skit... tapi sedap. bagi sikit kat Linda, terus dia kata sedap... hai orang mengandung, bagi ape pun sume sedap... ade rezki boleh bagi lagi... insya Allah..



Ni pun kek tuk orang mengandung gak. order oleh ustazah Monaliza. Kak mona order: Yin ko buat kek sebijik yang choc, akak teringin makan kek yg ko buat. dapt jer k mona terus potong n makan. aku pun makan sama... rezki sesama lah... TQ kak Mona.

kek harijadi 2.0

Salam. berikut merupakan beberapa kek yang ditempah oleh warga MARESMART sepanjang April & Mei. Enjoy it!


Ini kek yang ditempah oleh cikgu Shahruzaman untuk anak homeroomnyer Magnificent setelah merasa terharu menonton CD hari guru yang dibuat oleh anak muridnyer.. Kul 5 tgk Cd, terus order-kul 12 malam baru siap.. Tulisan pun belasah jer... Janji bebudak makan sedap yek?



2 Kek diatas diorder oleh pelajar ting 4(? x ingatlah pulak..) untuk cikgu Boniface-guru praktikal UPSI yang akan tamat tempoh praktikal di MARESMART. Jumaat hari last, Khamis malam Cikgu Boni boleh buat kelas tambahan Bio lagi... Hebat! Hebat! patutlah murid sayang... oklah selamat berjuang cikgu Boni & cikgu Mukmin... Laku jugak 2 bijik kek aku. TQ


Kek yang ditempah oleh Kind 4 untuk surprise besday party cikgu Aiza.. TQ guyz...semua cakap sedap.. Cantik tu aku memang x mengharap, sebab memang banyak kene improve lagi2 bahagian tulisan... Kursus!kursus kek! di mana dikau....


Ni kek ditemmpah oleh pelajar 511 tuk harijadi Fauziana. aku pun dijemput datang tp buat kat kelas n malam... liat betul nak datang... klu buat kat umah fauziana ke bawah kolong umah ke ok gak... sabar jer... TQ

Itulah sebahagian . adi lagi yang menyusul nanti... Nantikannya...
Tq semua yang menempah dan menyokong kekcikgu.blogspot...